Wednesday, 13 June 2012

Kerana Dosa


Assalamualaikum :)

"Langit tak selalunya cerah", our older peoples said.. Yeah and it is true all the times life changing likes a wheather. Life's also just like a CIRCLE. Kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah, kadang kita kat tepi.. Eh boleh pulak kat tepi , hehe but that is true somehow. Lets just say kat tepi tu adalah di saat kita merasa sedikit selesa dalam kehidupan kita. Dan kita paling bahagia bila kita berada kat atas sekali weeehaaaa haha macam bila kita kat atas Roda Ferris tu haa lupa dunia terus kau hai manusiaa, kalau tercabut kabel jatuh tergolekk kau siapa nak tolong? Naya, haha. Sebab itulah kita haruslah sentiasa beringat dan berwaspada.

Ingatlah kata-kata Allah di dalam Surah Ar-Rahman berulang-ulang kali kita telah diingatkan:
"Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (Wahai umat manusia dan jin?)"
 Subhanallah, Maha Suci Allah.

Betapa hinanya kita sebagai manusia apabila kita lupa bahawa dalam susah kita, dalam senangnya kita , dalam sulitnya kita, dalam bebasnya kita, hanya Allah lah PEMILIK HATI dan kita sentiasa berada dalam genggamannya.

"Contohnya bila orang yang kita sayang tak sayang kita, fikir balik "hati" itu milik siapa?"

Mengapa kadang-kala kita berasa GELISAH dalam hati kita? Kerana kita tidak bersyukur.
Mengapa kita tidak bersyukur? Kerana kita leka.
Mengapa kita leka? Kerana terbiasa berbuat dosa.

Allah sentiasa menguji. Dan di saat Allah menguji kita yang dalam kelekaan, Allah jua lah yang sentiasa memberi panduan dan petunjuk pada siapa yang dikehendaki-Nya, dan percayalah sesiapa yang 'dikehendaki-Nya' itu adalah sebenarnya 'SETIAP MAKHLUKNYA' (Muslims or even Non-Muslims) kerana setiap ciptaan dan kejadian, di setiap saat. itu adalah petunjuk, buat mereka yang berfikir. Namun, sentiasa kah kita berfikir tentang "PETUNJUK" itu? Mungkin tidak. Bak kata lirik lagu Mestica (Destinasi Cinta) ;

"Destinasi Cinta yang ku cari, sebenarnya terlalu hampir 
Hanya kabur kerana dosa, di dalam hati"

Kerana dosa.

Namun, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun. Kerana itu, belajar lah dari sekolah kehidupan. "KEHIDUPAN ANDA ADALAH SEKOLAH ANDA" sendiri.

Percayalah kata hati kita, selagi akal tidak cuba menipu.
Apalah salahnya air mata kalau itulah yang akhirnya mendekatkan kita kepada-Nya.
Mengapa mengeluh sakit yang dirasa kalau itu mengurangkan dosa-dosa yang menggunung.
Sedarkah ada kala dibiarkan kekosongan dihati, untuk kita isi dengan kebahagiaan abadi?

Kita belajar, PENGALAMAN itulah CIKGUNYA.
Melalui KESILAPAN, kita MENGINGATINYA.
PERBAIKI kekurangan, itulah TUJUANNYA.
Menghadapi UJIAN, menentukan KEJAYAAN KITA.
AKHIRAT kelak, itulah DESTINASINYA.